Cari:
Obama Perketat Kawalan Senjata Api
2016-01-06 11:53:44 CRI Cetak

Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama mengumumkan langkah-langkah untuk memperketat kawalan senjata api dalam sidang akhbar yang diadakan di Rumah Putih semalam.

Antara langkah-langkah tersebut termasuk semua penjual senjata api perlu mendapatkan lesen untuk beroperasi dan pembeli senjata api perlu menjalani pemeriksaan.

Di samping itu, kerajaan akan melantik lebih banyak anggota pemeriksa untuk memeriksa latar belakang pembeli senjata api, di samping menambah 200 orang anggota keselamatan bagi memperketat penguatkuasaan undang-undang dan peraturan senjata api di seluruh negara.

Obama berkata, AS merupakan satu-satunya negara maju yang kerap berlakunya kes keganasan membabitkan senjata api. Lebih 30 ribu orang penduduk dibunuh akibat insiden tembakan saban tahun.

Beliau turut menggesa Kongres mengambil tindakan sewajarnya dalam isu kawalan senjata api, antaranya termasuklah meluluskan rang undang-undang yang berkenaan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China