Cari:
Harga Minyak Mentah Dunia Terus Susut
2016-01-07 13:04:54 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Harga minyak mentah di pasaran antarabangsa terus menyusut semalam ekoran kebimbangan terhadap lebihan bekalan minyak mentah.

Harga niaga hadapan minyak mentah ringan bagi bulan Februari di Bursa New York turun 5.6 peratus, dengan USD 33.97 setong.

Angka ini mencatat paras paling rendah sejak bulan Februari 2004.

Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Pentadbiran Maklumat Tenaga (EIA) AS, walaupun rizab minyak mentah AS menurun 5.1 juta tong pada minggu lepas, namun purata harian keluaran minyak mentah meningkat kepada 9.22 juta tong.

Angka ini jauh lebih tinggi daripada unjuran pasaran.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China