Cari:
Britain Perkenal Visa Kemasukan Pelbagai kepada Warga China
2016-01-07 15:18:56 CRI Cetak

Britain akan menawarkan visa kemasukan pelbagai selama dua tahun kepada warga China bermula 11 Januari ini.

Menurut Kementerian Dalam Negeri Britain, visa baharu tersebut disediakan kepada pemohon yang berkunjung ke Britain untuk tujuan melancong, urusan perniagaan, menghadiri persidangan atau mencari peluang perniagaan.

Caj visa baharu tersebut masih sama dengan caj visa lawatan selama enam bulan yang sedia ada, iaitu £85.

Kementerian itu juga mengumumkan bahawa Britain merancang untuk memperluas perkhidmatan pemerolehan cap jari kepada 50 bandar China daripada sembilan bandar China sebelum ini.

Sementara itu, China juga mengumumkan turut menyediakan visa kemasukan pelbagai selama dua tahun kepada warga Britian yang bertujuan untuk melancong atau menjalankan perniagaan di China bermula 11 Januari ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China