Cari:
Ujian Penerbangan China di Terumbu Yongshu Berjaya
2016-01-07 15:33:14 CRI Cetak

China berjaya mengadakan ujian penerbangan di lapangan terbang baharu yang dibina di Terumbu Yongshu, kepulauan Nansha semalam.

Hal ini membuktikan lapangan terbang tersebut berkemampuan untuk menjamin keselamatan operasi pesawat bersaiz besar, di samping menyediakan lapangan terbang alternatif yang baharu serta pilihan laluan yang lebih ekonomi dan fleksibel untuk penerbangan rentas Atlantik di Laut China Selatan.

Dalam hal ini, pakar, sarjana dan media asing berpendapat, tindakan tersebut adalah dalam ruang lingkup kedaulatan China. Negara lain tidak berhak untuk campur tangan.

China menunaikan tanggungjawab dan kewajipan antarabangsa di Kepulauan Nansha, termasuk menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) dan menjamin keselamatan pelayaran. Hal ini adalah kondusif bagi pembangunan damai serantau.

Penganalisis politik Indonesia berkata, tindakan China membina lapangan terbang, pelabuhan dan kemudahan komunikasi di pulau dan terumbu di Laut China Selatan akan memudahkan pelayaran kapal dagang yang melalui kawasan perairan tersebut serta misi bantuan kemanusiaan negara-negara serantau.

Kapal dagang dan bot nelayan Vietnam dan Filipina akan turut memperoleh manfaat.

Dalam isu Laut China Selatan, negara-negara ASEAN tidak boleh dipengaruhi oleh negara-negara luar rantau, sebaliknya perlu memperkukuh kerjasama muhibah dengan China bagi membina komuniti berkongsi nasib China-ASEAN.

Akhbar Lianhe Zaobao Singapura memetik kenyataan pemerhati sebagai berkata, lapangan terbang baharu yang dibina oleh China akan digunakan untuk tujuan awam.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China