Cari:
Pengguna Internet Telefon Bimbit Cecah 905 Juta di China
2016-01-07 15:55:35 CRI Cetak

Jumlah pengguna Internet melalui telefon bimbit melebihi 905 juta di China sehingga bulan November 2015, sekali gus mencipta rekod paling tinggi.

Di samping itu, pengguna Internet jalur lebar telah mencecah 210 juta.

Demikian menurut laporan yang dikeluarkan oleh Persatuan Internet China (ISC) semalam.

Laporan itu juga menunjukkan bahawa perniagaan e-dagang rentas sempadan membantu merancakkan perbelanjaan di pasaran global.

E-dagang rentas sempadan di China dianggarkan mencecah RMB 2 trilion pada setengah tahun pertama 2015.

Ketua Setiausaha ISC, Lu Wei berpendapat bahawa jumlah pengguna perkhidmatan telekomunikasi 4G dijangka meningkat antara 200 hingga 300 juta pada tahun ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China