Bagaimanapun dakwaan tersebut dinafikan oleh pakatan tentera negara Islam yang diketuai Arab Saudi dan disifatkan sebagai suatu pembohongan.
Menurut Agensi Berita Republik Islam (IRNA) semalam, serangan udara yang dilancarkan oleh Arab Saudi menyebabkan beberapa anggota keselamatan di kedutaan Iran cedera dan berlaku kerosakan pada bangunan kedutaan.
Ansari menuduh tindakan yang disengajakan oleh Arab Saudi itu telah menyalahi norma antarabangsa bagi melindungi keselamatan misi diplomatik.
Kerajaan Arab Saudi mesti bertanggungjawab atas insiden tersebut dan memberikan pampasan bagi semua mangsa yang cedera dan harta benda yang musnah.
Dalam pada itu, pakatan tentera yang diketuai Arab Saudi turut menyatakan bahawa kumpulan pemberontak Houthi menggunakan kemudahan awam termasuk kedutaan asing untuk melancarkan peluru berpandu ke sempadan Arab Saudi. Pada malam 6 Januari lalu, pihaknya telah melancarkan pengeboman ke atas pelancar peluru berpandu Houthi.
Menurut siasatan, pakatan tentera tidak melancarkan sebarang serangan terhadap kedutaan besar Iran dan kawasan sekitarnya.
Siasatan tersebut juga mengesahkan bangunan Kedutaan Besar Iran di Yaman selamat, tanpa sebarang kerosakan.
Menurut saksi tempatan, bangunan kedutaan besar Iran berada dalam keadaan baik dan tiada tanda-tanda mengalami serangan udara.