Cari:
China, AS bincang Isu Nuklear Semenanjung Korea
2016-01-08 14:38:24 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Menteri Luar China, Wang Yi mengadakan perbincangan dengan Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), John Kerry menerusi telefon semalam.

Kedua-dua pemimpin bertukar-tukar pandangan tentang hubungan dua hala China-AS, situasi Semenanjung Korea dan isu nuklear Iran.

Dalam pada itu, Kerry telah menjelaskan pendirian pihaknya tentang ujian nuklear yang dijalankan sekali lagi oleh Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK), di samping menyatakan hasrat untuk mengekalkan komunikasi dan koordinasi dengan China dalam isu tersebut.

Wang pula menegaskan bahawa China komited untuk menggalakkan usaha membebaskan Semenanjung Korea daripada senjata nuklear serta memelihara keamanan dan kestabilan Semenanjung Korea.

 

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China