Cari:
Serangan di Kem Tentera Libya, 30 Terbunuh
2016-01-08 14:39:00 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Sekurang-kurangnya 30 orang terbunuh, manakala lebih 100 lagi cedera dalam serangan bom kereta yang berlaku di sebuah kem tentera di Zlitan, barat Libya semalam.

Menurut pegawai keselamatan tempatan, kejadian itu berlaku kira-kira pada pukul 8.00 pagi apabila penyerang berani mati yang memandu sebuah trak tangki minyak menyerbu masuk ke dalam kem pengawal pantai tersebut.

Pada ketika itu, kira-kira 400 anggota polis sedang berkumpul untuk menjalankan latihan.

Tambah pegawai itu lagi, mangsa-mangsa yang cedera telah dihantar ke hospital yang berdekatan dan angka kematian dijangka akan terus meningkat.

Setakat ini, masih belum terdapat sebarang kumpulan mengaku bertanggungjawab atas serangan tersebut.

Namun menurut pegawai keselamatan tempatan, serangan itu mungkin didalangi oleh kumpulan militan Negara Islam (IS) di Libya.

  

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China