Cari:
Konsert Pertama Madonna di Singapura Februari ini
2016-01-08 14:50:03 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Buat pertama kalinya, diva pop antarabangsa, Madonna bakal membuat persembahan di Singapura menerusi konsert jelajah "Rebel Heart Tour". Konsert tersebut bakal berlangsung di Stadium Nasional pada 28 Februari 2016.

Konsert tersebut juga bakal menyaksikan persembahan selama hampir tiga jam daripada diva pop itu, dengan pemilihan lagu-lagu popular, antaranya termasuk lagu-lagu popular daripada album terbaharu "Rebel Heart", seperti "Living for Love" dan "Devil Pray". Peminat juga pastinya akan dihiburkan dengan lagu-lagu nostalgia seperti "Material Girl" dan "Lucky Star".

Konsert jelajah yang mendapat sentuhan pengarah, Jamie King dan diketuai oleh pengarah muzik, Kevin Antunes setakat ini mendapat respons positif, antaranya daripada Rolling Stones yang menyifatkan konsert berkenaan sebagai bukti kehebatan beliau.

Namun begitu, konsert ini mendapat rating R18, yang bermaksud hanya individu yang berusia 18 tahun ke atas sahaja dibenarkan menontonnya.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China