Cari:
China, Korea Selatan Bincang Isu Nuklear Semenanjung Korea
2016-01-09 16:38:06 CRI Cetak

Menteri Luar China, Wang Yi menghubungi rakan sejawatnya dari Korea Selatan, Yun Byung-se menerusi telefon malam tadi untuk bertukar-tukar pendapat mengenai isu nuklear Semenanjung Korea.

Wang menyatakan bahawa China sentiasa berpegang kepada prinsip untuk mewujudkan Semenanjung Korea yang bebas daripada senjata nuklear, memelihara keamanan dan kestabilan di semenanjung tersebut, serta menyelesaikan isu berkenaan melalui dialog. Ketiga-tiga prinsip itu saling berkaitan dan tiada satu pun yang tidak diperlukan.

Wang menegaskan semula pendirian China yang menentang sekeras-kerasnya ujian nuklear Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK).

Kata beliau, China bersedia mengekalkan komunikasi dengan Korea Selatan untuk menghadapi situasi semasa yang rumit dan membawa isu nuklear Semenanjung Korea kembali ke meja rundingan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China