Amaran tersebut diberikan melalui Menteri Luar Arab Saudi, Adel Al-Jubeir dalam sidang media, di Riyadh semalam.
Kata beliau, Iran yang menyebabkan hubungan kedua-dua negara semakin buruk, bukanlah Arab Saudi atau negara-negara Arab Teluk yang lain. Kalau Iran meneruskan dasar yang sedia ada, pihaknya akan melaksanakan lebih banyak tindak balas.
Mesyuarat tergempar membabitkan menteri-menteri luar negara anggota Majlis Kerjasama Teluk (GCC) diadakan di Riyadh semalam untuk membincangkan ketegangan hubungan dengan Iran. Para peserta mengecam tindakan penunjuk perasaan Iran menyerang Kedutaan Arab Saudi di Iran.