Cari:
Syria Sedia Sertai Rundingan Damai Geneva
2016-01-10 16:05:36 CRI Cetak
Syria bersedia untuk menyertai rundingan damai mengenai isu Syria yang dijadualkan pada penghujung bulan ini di Geneva.

Demikian dinyatakan oleh Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Luar Syria, Walid al-Moallem ketika bertemu dengan utusan khas Setiausaha Agung PBB bagi isu Syria, Staffan de Mistura di Damsyik semalam.

Al-Moallem berkata, kerjaaan Syria bersedia bekerjasama dengan PBB untuk membanteras keganasan dan menggalakkan dialog inklusif di Syria.

Beliau turut menegaskan bahawa senarai pihak pembangkang yang akan menyertai rundingan damai tersebut serta senarai kumpulan pengganas di Syria yang perlu diperangi, mesti ditetapkan secepat mungkin.

Tambah Al-Moallem, usaha menyelesaikan isu Syria melalui saluran poilitik dan resolusi PBB yang berkenaan berkaitan erat dengan perjuangan memerangi keganasan. Untuk menjayakan perjuangan tersebut, sesetengah negara mesti berhenti menyokong keganasan.

Mesyuarat menteri-menteri luar kedua tentang krisis Syria telah diadakan di Vienna, Austria pada pertengahan November 2015. Pihak-pihak terlibat mencapai persepakatan tentang jadual proses politik Syria, iaitu kerajaan dan pihak pembangkang Syria perlu membentuk kerajaan sementara melalui rundingan dalam tempoh 6 bulan, dan mengadakan pilihan raya dalam tempoh 18 bualan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China