Cari:
PM China Ditemui Presiden Universiti Columbia
2016-01-10 16:46:51 CRI Cetak

Perdana Menteri China, Li Keqiang mengadakan pertemuan dengan Presiden Universiti Columbia AS, Lee Carroll Bollinger di Beijing baru-baru ini.

Li dalam pertemuan itu memuji kerjasama pendidikan antara kedua-dua negara, khususnya pertukaran akademik dan latihan tenaga profesional yang dijalankan bersama oleh Universiti Columbia dengan China.

Beliau turut menyatakan kesediaan pihak China untuk memperkasakan kerjasama dengan pelbagai institusi pengajian tinggi serta institusi akademik dan penyelidikan negara asing dalam memupuk modal insan yang berprestasi tinggi di peringkat antarabangsa.

Bollinger yang juga profesor undang-undang berkata bahawa pihaknya bersedia untuk terus meneroka ruangan kerjasama pendidikan dengan China, khususnya melalui modal "Internet+Pendidikan", di samping berusaha meningkatkan pengetahuan dunia Barat terhadap China.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China