Cari:
Liga Arab Bantah Campur Tangan Iran dalam Urusan Dalaman Negara Arab
2016-01-11 11:47:50 CRI Cetak

Liga Arab (LAS) mengadakan mesyuarat tergempar Menteri-­Menteri Luar Majlis Kerjasama Teluk (GCC) di Kaherah, ibu pejabat pertubuhan itu semalam. Para perwakilan mengutuk serangan penunjuk perasaan terhadap Kedutaan Arab Saudi di Iran yang berlaku pada 2 Januari lalu dan menentang campur tangan Iran dalam urusan dalaman negara Arab.

Ketua Liga Arab, Nabil el-Arabi dalam mesyuarat itu menyeru Liga Arab bersatu hati dalam usaha menentang campur tangan Iran itu. Beliau menegaskan bahawa Liga Arab menyokong Arab Saudi mengambil tindakan untuk memelihara keselamatan dan kedaulatan negara. Oleh itu, Iran perlu mematuhi undang-undang antarabangsa dan peraturan dalam rangka Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) bagi meredakan ketegangan dengan negara-negara Liga Arab.

Pada hari yang sama, jurucakap Kementerian Luar Iran, Hossein Jaberi Ansari menyatakan bahawa Iran berharap dapat menyelesaikan konflik dengan Arab Saudi dan juga berusaha bagi meredakan ketegangan situasi serantau.

Dalam perkembangan yang lain, Utusan Khas PBB dalam konflik Syria, Staffan de Mistura, mengeluarkan kenyataan di Geneva bahawa beliau telah mengadakan rundingan dengan pelbagai pihak yang terlibat semalam. Beliau mendapat jaminan daripada Iran dan Arab Saudi bahawa ketegangan situasi serantau pada masa ini tidak akan menjejaskan sokongan mereka terhadap proses Geneva dan akan membantu menggalakkan pelbagai golongan Syria untuk mengadakan rundingan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China