Cari:
China Sanjung Tinggi Pencapaian Dialog Empat Pihak Isu Afghanistan
2016-01-12 17:55:34 CRI Cetak

Jurucakap Kementerian Luar China, Hong Lei dalam sidang akhbar hari ini menyanjung tinggi pencapaian dialog empat pihak mengenai isu Afghanistan yang disertai Pakistan, Afghanistan, China dan Amerika Syarikat yang diadakan secara tertutup di Islamabad semalam.

Hong Lei berkata, China bersedia untuk memainkan peranan yang membina dalam proses damai Afghanistan.

Menurut Hong, keempat-empat pihak bersetuju untuk melaksanakan persepakatan yang dicapai dalam Mesyuarat Menteri Luar ke-5 mengenai Isu Afghanistan yang diadakan pada tahun 2015 dan komited dalam menggalakkan proses damai Afghanistan yang "diketuai dan didukung" oleh warganegara Afghanistan.

Tegas beliau, dialog secara langsung antara kerajaan Afghanistan dengan Taliban perlu dimulakan secepat mungkin demi mewujudkan keamanan dan kestabilan Afghanistan dan serantau.  

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China