Cari:
Dialog Empat Pihak tentang Isu Afghanistan di Islamabad
2016-01-12 13:34:50 CRI Cetak

Penasihat Hal Ehwal Luar dan Keselamatan Negara Pakistan, Sartaj Aziz (tengah) berjabat tangan dengan Timbalan Menteri Luar Afghanistan (kanan)

Dialog empat pihak tentang isu Afghanistan yang disertai Pakistan, Afghanistan, China dan Amerika Syarikat diadakan secara tertutup di Islamabad semalam.

Ini merupakan dialog pusingan pertama yang diadakan oleh empat negara tersebut bagi proses damai Afghanistan.

Penasihat Hal Ehwal Luar dan Keselamatan Negara Pakistan, Sartaj Aziz dalam majlis perasmian mesyuarat itu menyatakan bahawa dialog kali ini amat bermakna, tujuannya adalah untuk menyelaraskan proses permuafakatan antara kerajaan Afghanistan dengan Taliban, menggariskan hala tuju dan matlamat proses damai Afghanistan dan mengemukakan syarat-syarat yang rasional kepada kerajaan Afghanistan untuk terus berdialog dengan Taliban.

Menurut beliau, semua pihak terbabit tidak boleh menetapkan prasyarat bagi dialog tersebut, mereka sepatutnya bersama-sama memikul tanggungjawab bagi mendorong proses permuafakatan dan perdamaian di Afghanistan.

Pihak Taliban masih belum memberikan sebarang jawapan rasmi mengenai dialog tersebut. Pegawai Kanan Taliban sebelum ini berulang-ulang kali menyatakan bahawa mereka tidak menolak penyelesaian secara politik, namun mereka masih belum memutuskan sama ada akan berdialog dengan kerajaan Afghanistan atau tidak.

Jurucakap Kementerian Luar China, Hong Lei, di Beijing semalam berkata, bagi menghormati kedaulatan Afganistan dan kesediaan pelbagai pihak, China akan berusaha bersama-sama dengan pihak-pihak lain untuk memberikan sokongan dan bantuan kepada rundingan damai Afghanistan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China