Demi memelihara keamanan dan kestabilan Asia Timur, China berharap agar pihak-pihak yang terlibat menahan diri dan bertenang serta berhati-hati dalam mengambil sebarang tindakan bagi mengelakkan ketegangan semakin serius.
Demikian menurut jurucakap Kementerian Luar China, Hong Lei semalam ketika mengulas mengenai pesawat pengebom Amerika Syarikat (AS) B-52 memasuki ruang udara Semenanjung Korea.
Hong Lei berkata, China sentiasa teguh dengan pendirian mengenai kawalan senjata nuklear di arena antarabangsa dan menentang ujian nuklear Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK). China bersedia untuk meningkatkan komunikasi dengan pelbagai pihak bagi mendorong penyelesaian isu nuklear Semenanjung Korea melalui rundingan, membebaskan Semenanjung Korea daripada penggunaan senjata nuklear dan memelihara keamanan dan kestabilan Asia Timur Laut.