Cari:
IS Lancarkan Serangan Bom di Iraq
2016-01-12 14:42:27 CRI Cetak

Siri serangan bom yang berlaku di Iraq semalam mengakibatkan lebih seratus orang cedera atau terkorban. Kumpulan militan Negara Islam (IS) mengeluarkan kenyataan mengaku bertanggungjawab atas serangan berkenaan.

Menurut laporan media tempatan Iraq, beberapa orang pengganas bersenjata telah menembak orang awam di kompleks beli-belah di Baghdad semalam dan ada antara mereka yang diculik sebagai tebusan. Anggota IS turut meletupkan bom yang dipasang pada mereka.

Dilaporkan, pengganas bersenjata juga meletupkan bom kereta yang diletakkan di luar kompleks beli-belah itu, mengakibatkan banyak orang awam maut, antaranya termasuklah dua anggota polis. Setakat ini, serangan tersebut telah mengakibatkan 18 orang maut dan lebih 50 orang lagi cedera.

Pada malam hari yang sama, beberapa serangan bom juga berlaku di wilayah Diyala, kawasan timur Iraq, mengakibatkan sekurang-kurang 23 orang terkorban, manakala 44 lagi cedera.

IS dalam kenyataannya mengancam akan melancarkan lebih banyak serangan di Iraq pada masa depan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China