Cari:
China Masih Penjana Pertumbuhan Ekonomi Dunia
2016-01-13 15:21:55 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Ekonomi China tidak akan tumbang, sebaliknya akan terus menjadi penjana utama bagi pertumbuhan ekonomi dunia pada masa hadapan. Profesor Lin Yifu, ahli ekonomi terkenal dari Institusi Pembangunan Negara Universiti Peking (PKU) berkata demikian dalam Forum Yegor Gaidar di Moscow Rusia semalam.

Lin berkata, pelbagai petunjuk ekonomi China masih mencapai tahap seperti yang dijangkakan pada tahun 2015. Kadar inflasi dan kadar pengangguran berada di bawah garis kawalan yang ditetapkan oleh kerajaan. Kadar pertumbuhan ekonomi China mencatat kira-kira 7 peratus pada 2015, sejajar dengan jangkaan. Ekonomi China yang menduduki 14 peratus daripada agregat ekonomi dunia menyumbang 30 peratus bagi pertumbuhan ekonomi dunia.

Beliau berkata, China mempunyai peluang pelaburan dan sumber dalaman yang mencukupi. Kadar pertumbuhan ekonomi China akan kekal pada 6.5 peratus hingga 7 peratus pada beberapa tahun yang akan datang.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China