Cari:
China Berhak Jalankan Pelayaran dan Rondaan di Perairan Pulau Diaoyu
2016-01-13 18:18:27 Agensi Berita Xinhua China Cetak
China berhak menjalankan pelayaran dan rondaan di kawasan perairan Pulau Diaoyu. Jepun diminta agar tidak memprovokasi atau memburukkan situasi semasa.

Jurucakap Kementerian Luar China, Hong Lei berkata demikian dalam sidang media di Beijing petang tadi.

Sebelum ini, Ketua Setiausaha Kabinet Jepun, Yoshihide Suga menyatakan bahawa negaranya akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap kapal tentera negara asing yang memasuki wilayah perairan Jepun yang tidak akur pada peraturan laluan ikhlas. Media Jepun berpendapat, tindakan ini merupakan garis panduan baharu yang digubal oleh kerajaan Jepun untuk menangani kemasukan kapal tentera China di kawasan perairan Pulau Diaoyu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China