Menurut data Jabatan Kastam China hari ini, import dan eksport China pada tahun 2015 bernilai RMB 24.59 trilion, turun 7 peratus berbanding dengan tahun 2014. Antaranya, jumlah eksport menyusut 1.8 peratus dengan RMB 14.14 trilion.
Jurucakap Pentadbiran Am Kastam China, Huang Songping di Beijing sebagai berkata, penyusutan eksport China disebabkan penurunan pada permintaan luar.
Menurut beliau, sejak tahun 2008, krisis kewangan antarabangsa telah melembapkan pertumbuhan ekonomi dunia, ekonomi antarabangsa pada keseluruhannya merosot sehingga menjejaskan eksport China. Walau bagaimanapun, China tetap mengekalkan kedudukan sebagai negara yang jumlah perdagangan produk terbanyak di dunia pada tahun 2015, jumlah eksport China menduduki 13 peratus dalam kuota pasaran dunia.