Cari:
Pelbagai Pihak Diharap Pelihara Ketenteraman Rantau Asia Timur Laut
2016-01-14 13:17:24 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Situasi di Semenanjung Korea amat sensitif pada ketika ini. Negara-negara terlibat diharap dapat memelihara keamanan dan kestabilan di rantau Asia Timur Laut dan menangani isu-isu berkenaan dengan bijak.

Jurucakap Kementerian Luar China, Hong Lei berkata demikian dalam sidang media semalam.

Menurut Agensi Berita Yonhap, Presiden Korea Selatan, Park Geun-hye berkata, kerajaan akan membincangkan pengimportan sistem Pertahanan Kawasan Terminal Altitud Tinggi (THAAD) demi keselamatan dan kepentingan negara.

Sehubungan dengan ini, Hong berkata, sesebuah negara mesti mempertimbangkan keselamatan dan kepentingan negara lain serta keamanan dan kestabilan serantau ketika berusaha mengekalkan keselamatan negara sendiri.

China dengan tegas memelihara sistem kawalan senjata nuklear antarabangsa dan menentang DPRK melakukan ujian nuklear. China bersedia untuk bekerjasama dengan enam pihak terlibat dalam rundingan damai isu senjata nuklear DPRK bagi membebaskan Semenanjung Korea daripada penggunaan senjata nuklear dan gigih berusaha demi mengekalkan ketenteraman di rantau ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China