Perdana Menteri Turki, Ahmet Davutoglu semalam menyatakan bahawa polis telah menahan empat suspek yang disyaki terlibat dalam insiden letupan di Istanbul dan siasatan mendapati insiden tersebut didalangi oleh kumpulan militan Negara Islam(IS).
Selepas mempengerusikan mesyuarat keselamatan di Istanbul, Davutoglu memaklumkan pihak media bahawa menurut hasil siasatan yang terperinci, selain mengenal pasti identiti pengebom berani mati itu mempunyai kaitan dengan IS, pihaknya juga mendapati ada lagi "kekuatan rahsia dan penting" di sebalik serangan itu.
Tambah beliau lagi, ada negara berniat mahu melibatkan Turki dalam masalah serantau, pihaknya berjanji akan memburu dalang yang bersembunyi di belakang IS itu.
Dalam perkembangan lain, polis Turki telah menahan 60 orang suspek yang disyaki terlibat dalam serangan keganasan di Istanbul, antaranya termasuklah tiga warga Rusia.