Cari:
Putin dan Obama Bincang Konflik Ukraine, Syria dan Ujian Nuklear DPRK
2016-01-14 14:03:29 CRI Cetak

Presiden Rusia, Vladimir Putin menghubungi rakan sejawatnya dari Amerika Syarikat (AS), Barack Obama melalui telefon semalam untuk bertukar-tukar pendapat mengenai konflik Ukraine, situasi Asia Barat dan ujian nuklear Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK).

Menurut laman web Istana Kremlin Rusia, kedua-dua pemimpin bersepakat mengenai peri pentingnya wakil kedua-dua negara mengadakan rundingan mengenai isu Ukraine.

Putin dan Obama menyatakan sokongan terhadap inisiatif Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) untuk mengadakan rundingan antara kerajaan Syria dengan puak pemberontak pada 25 Januari ini demi menggalakkan penyelesaian isu Syria melalui saluran politik mencapai kemajuan.

Putin sekali lagi menegaskan pentingnya untuk menubuhkan pakatan antarabangsa untuk memerangi kumpulan militan Negara Islam(IS).

Putin dan Obama juga berharap agar ketegangan situasi ekoran kemelut hubungan Arab Saudi-Iran dapat diredakan.

Ketika membincangkan ujian nuklear DPRK, kedua-dua pemimpin itu bersetuju bahawa tindakan DPRK itu telah melanggar resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC). Putin menegaskan lagi bahawa pendirian Rusia konsisten dalam isu tersebut, iaitu selesaikan isu tersebut melalui rundingan politik.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China