Demikian dinyatakan oleh jurucakap Pertubuhan Tenaga Atom Iran (AEIO).
Beliau berkata, kerja-kerja untuk menanggalkan teras reaktor itu telah diselesaikan. Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) akan menjalankan pemeriksaan terhadap kerja tersebut.
Sebelum ini, Setiausaha Negara AS, John Kerry berkata, AS akan menunaikan perjanjian komprehensif isu nuklear Iran, antaranya termasuklah membatalkan beberapa sekatan ekonomi terhadap Iran.
Kesatuan Eropah (EU) semalam turut mendedahkan bahawa sekiranya IAEA mengesahkan Iran telah menunaikan tuntutan perjanjian komprehensif tersebut, EU akan segera membatalkan sekatan ke atas Iran secara menyeluruh.