Cari:
Baki Pinjaman B&R EIBC Cecah RMB 520 Bilion
2016-01-15 14:12:26 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Sehingga penghujung 2015, baki pinjaman yang disalurkan oleh Bank Eksport-Import China (EIBC) kepada negara-negara yang terlibat dalam inisatif "Jalur dan Laluan" (B&R) telah mencecah RMB 520 bilion (kira-kira RM 345.7 bilion), meningkat 46 peratus berbanding pada awal tahun 2015.

Demikian dinyatakan oleh jurucakap EIBC, Dai Peng dalam sidang media Suruhanjaya Pengawalseliaan Perbankan China (CBRC) semalam.

Dimaklumkan, sebanyak 500 buah projek negara B&R ditandatangani oleh EIBC sepanjang tahun 2015, meningkat sekali ganda berbanding dengan tahun 2014. Jumlah kontrak pelaburan projek tersebut mencatat hampir RMB 300 bilion (kira-kira RM 199.8), dengan peningkatan sebanyak 70 peratus berbanding dengan tahun 2014.

Kini, EIBC telah menyalurkan baki pinjaman kepada lebih 1,000 buah projek yang melibatkan 49 buah negara di sepanjang B&R dan merangkumi bidang yang meluas, antaranya termasuklah lebuh raya, landasan kereta api, pelabuhan, janakuasa elektrik, sumber tenaga, saluran paip, telekomunikasi dan taman perindustrian.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China