Cari:
Pemimpin China dan Belarus Ucapkan Tahniah Terhadap Kejayaan Pelancaran Satelit Telekomunikasi
2016-01-16 15:00:00 CRI Cetak

Satelit telekomunikasi No.1 Belarus, projek usahasama antara China dengan Belarus berjaya dilancarkan di Xichang China hari ini. Presiden China Xi Jinping dan rakan sejawatnya dari Belarus, Alexander Gregoryevich Lukashenko saling mengutus kawat tahniah pada hari yang sama.

Dalam kawat tahnianya, Xi Jinping berkata bahawa projek satelit telekomunikasi tersebut memperlihatkan perkongsian strategik komprehensi China dan Belarus dalam situasi baharu dan merupakan hasil yang penting kerajsama kedua-dua pihak dalam bidang pengkajian angkasa lepas. Projek ini akan membantu pembangunan ekonomi, peningkatan taraf hidup rakyat dan kemajuan masyarakat Belarus.

Alexander Gregoryevich Lukashenko dalam kawat tahniahnya pula menyatakan bahawa pelancaran satelit ini telah memperlihatkan pencapaian cemerlang China dalam bidang sains dan teknologi angkasa lepas.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China