Cari:
Majlis Pelancaran AIIB di Beijing
2016-01-16 15:42:04 CRI Cetak

Majlis pelancaran Bank Pembangunan Infrastruktur Asia (AIIB) diadakan di Rumah Tamu Diaoyutai Beijing pagi tadi.

Presiden China, Xi Jinping ketika berucap dalam majlis itu menegaskan bahawa melalui usaha berganting bahu pelbagai negara anggota, AIIB pasti akan berkembang menjadi bank pembangunan pelbagai hala model baharu pada abad ke-21 yang profesional, berefisien tinggi dan bersih serta akan berkembang menjadi platform baharu bagi membina komuniti berkongsi nasib manusia. AIIB akan memberikan sumbangan baharu demi menggalakkan pembangunan dan kemakmuran Asia bahkan dunia sekali gus menyuntik tenaga baharu kepada usaha mentadbir urus ekonomi dunia.

Xi Jinping menegaskan bahawa inisiatif AIIB dikemukakan oleh China, dengan ini, China akan menyokong dengan teguh pengoperasian dan perkembangan AIIB. Selain membayar prinsipal menurut jadual, China juga akan memperuntukkan USD 50 juta kepada Tabung Khas Persiapan Projek yang bakal ditubuhkan oleh AIIB untuk menyokong negara anggota yang kurang maju membuat persiapan bagi melaksanakan projek infrastruktur.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China