Cari:
Li Keqiang Berucap Dalam Persidangan Penubuhan Majlis AIIB
2016-01-17 14:38:42 CRI Cetak

Perdana Menteri China, Li Keqiang ketika menyampaikan ucapan dalam persidangan penubuhan Majlis Bank Pelaburan Infrastruktur Asia (AIIB) berkata bahawa penubuhan Majlis AIIB menandakan bank pembangunan pelbagai hala jenis baharu yang diusahakan bersama oleh 57 buah negara membangun dan negara maju telah beroperasi secara rasmi dan akan membawa makna yang positif dan membina bagi pembaharuan sistem tadbir urus ekonomi dunia.

Li Keqiang berkata, Asia merupakan enjin yang penting bagi pertumbuhan ekonomi global. Pembangunan mampan ekonomi Asia dan kemajuan integrasi ekonomi serantau berdasarkan pembinaan infrastruktur dan kesalinghubungan supaya pengaliran lebih lancar dalam bidang perdagangan, pelaburan, kakitangan dan maklumat.

Li juga mengemukakan tiga harapan terhadap tugas AIIB. Pertama, menggalakkan penggabungan inisiatif "Jalur & Laluan" (B&R) dengan strategik pembangunan pelbagai negara yang terlibat. Kedua, memperkasakan kerjasama kapasiti antarabangsa. Ketiga, menginovasi model kerjasama.

Wakil-wakil asing yang menghadiri persidangan tersebut telah menyanjung tinggi dan mengucapkan terima kasih atas usaha kerajaan China untuk menubuhkan AIIB.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China