Jurucakap Kementerian Luar Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) baru baru ini menyatakan bahawa pihaknya akan menghentikan ujian nuklear sekiranya latihan ketenteraan antara AS dengan Korea Selatan dibatalkan.
Pemimpin tertinggi DPRK, Kim Jong-un dalam perutusan tahun baharu telah menyatakan bahawa tugas utama DPRK tahun ini adalah membangunkan ekonomi dan meningkatkan taraf hidup rakyat. Oleh itu, DPRK memerlukan situasi yang stabil dan aman.
Kerajaan DPRK mengumumkan telah mengadakan ujian nuklear pada 6 Januari lalu. Ini merupakan kali keempat bagi DPRK melakukan ujian nuklear sejak 2006. Masyarakat antarabangsa mengutuk tindakan DPRK tersebut, di samping menyeru pelbagai pihak berkenaan mengekalkan kesabaran dan ketenangan serta menyelesaikan masalah melalui saluran diplomatik.