Cari:
AS Batalkan Sekatan Ekonomi terhadap Iran
2016-01-17 15:53:52 CRI Cetak

Presiden AS, Barack Obama semalam telah menandatangani Arahan Pentadbiran untuk membatalkan sekatan ekonomi terhadap Iran menurut perjanjian komprehensif isu nuklear Iran setelah Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) mengesahkan Iran telah memenuhi semua syarat-syarat di bawah perjanjian nuklear.

Ketua Pengarah IAEA, Yukiya Amano semalam mengumumkan bahawa laporan IAEA telah mengesahkan Iran telah menunaikan janjinya untuk melaksanakan perjanjian komprehensif isu nuklear Iran. Ini bermakna perjanjian berkenaan akan dilaksanakan secara rasmi pada hari yang sama, dan sekatan masyarakat antarabangsa terhadap Iran juga akan dibatalkan.

Pada hari yang sama, wakil kanan Kesatuan Eropah (EU) yang bertanggungjawab terhadap dasar luar dan keselamatan, Frederica Mogherini mengumumkan bahawa EU juga membatalkan sekatan ekonomi berkenaan terhadap Iran.

Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon mengeluarkan kenyataan untuk mengalu-alukan AS dan Iran saling membebaskan tokoh-tokoh pihak lain yang ditahan sebelum ini. Antara empat orang warga AS yang dibebaskan oleh Iran termasuk Jason Rezaian, wartawan akhbar "The Washellongton Post" .

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China