Cari:
China Tidak Mohon Sokongan Dana daripada AIIB
2016-01-17 15:07:28 CRI Cetak

Bank Pembangunan Infrastruktur Asia (AIIB) telah beroperasi secara rasmi semalam. Kementerian Kewangan China menyatakan bahawa pada peringkat awal penubuhan AIIB, China tidak memohon sokongan dana daripada bank tersebut secara sementara.

Naib Menteri Kewangan China, Shi Yaobin menyatakan bahawa tujuan penubuhan AIIB dan kerja utama yang dipertimbangkan AIIB bukannya sokongan kepada projek domestik China. Walaupun sebagai negara pemegang saham AIIB dan negara membangun yang paling besar di dunia, China berlayak memperoleh sokongan dana AIIB, namun, China tetap membuat keputusan tersebut berikutan banyak negara di rantau ini memerlukan dana yang mendesak untuk membangunkan infrastruktur.

Menurut Shi Yaobin, modal ekuiti China merupakan 30.34% daripada jumlah modal ekuiti AIIB, modal ekuiti kumpulan pertama China yang bernilai USD 1.191 bilion telah dibayar.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China