Dalam Persidangan Kumpulan Pemikir Ekonomi Baharu 2016 yang diadakan di Beijing semalam, sepuluh kumpulan pemikir utama di dunia termasuk Syarikat Bain, The Boston Consulting Group(BCG), Institusi Ali dan Pusat Pertukaran Ekonomi Antarabangsa China mengeluarkan sepuluh unjuran ekonomi baharu menjelang tahun 2020, antaranya sektor jualan runcit melalui internet, e-dagang rentas sempadan dan perkongsian ekonomi menjadi tumpuan perhatian.
Syarikat Bain menjangkakan bahawa menjelang tahun 2020, skop pasaran jualan runcit melalui internet di China akan mencatat RMB 10 trilion, antaranya 70% disumbang e-dagang mudah alih. Serentak itu, e-dagang rentas sempadan dijangka mencatat satu trilion yuan.
Menurut unjuran Pusat Pertukaran Ekonomi Antarabangsa China, e-dagang antarabangsa akan menggalakkan perubahan corak perdagangan tradisonal. E-dagang antarabangsa akan merupakan 30-40% jumlah perdagangan dunia menjelang tahun 2025.
Institut Ali pula menjangkakan e-dagang rentas sempadan China akan mencatat 1/3 jumlah perdagangan luar China menjelang tahun 2020.