Cari:
Dasar Tanah Besar terhadap Taiwan Tidak Berubah
2016-01-17 16:23:17 CRI Cetak

Pengundian untuk memilih pemimpin Taiwan berakhir pada pukul 4.00 petang semalam. Keputusan pengiraan undi yang diumumkan malam semalam menunjukkan calon Parti Progresif Demokratik, Tsai Ing-wen telah meraih kemenangan dengan majoriti undi dan akan menyandang jawatan pemimpin Taiwan.

Sehubungan dengan hal itu, petugas Pejabat Hal Ehwal Taiwan Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China dan Jabatan Hal Ehwal Taiwan Dewan Negara China mengatakan bahawa pada lapan tahun yang lalu, berikutan kedua-dua pihak Tanah Besar dan Taiwan mempertahankan "Konsensus 1992" dan prinsip menenteng kemerdekaan Taiwan, rakyat kedua-dua pantai Selat Taiwan bekerjasama untuk mengembangkan hubungan kedua-dua pihak secara damai, membentuk sistem dan rangka interaksi dan kerjasama, meningkatkan tahap kesejahteraan rakyat dan memelihara situasi damai dan stabil di kawasan berkenaan. Kedua-dua pihak perlu menghargai situasi yang begitu baik.

Dasar Tanah Besar terhadap Taiwan adalah konsisten dan jelas, dan tidak akan berubah ekoran keputusan pengundian Taiwan. Pihak Tanah Besar akan terus mempertahankan "Konsensus 1992" dan menentang aktiviti pemisahan Taiwan daripada tanah air dengan apa jua cara. Tanah Besar bersedia meningkatkan interaksi dan pertukaran dengan parti politik dan pertubuhan Taiwan yang mengakui Taiwan dan Tanah Besar tergolong dalam satu negara.

Menurut petugas itu, pihaknya bersedia bersama-sama dengan rakyat kedua-dua pantai Selat Taiwan memelihara dasar politik bersama, menggalakkan perkembangan hubungan dan mewujudkan kestabilan situasi di Selat Taiwan untuk mencipta masa depan yang cerah dan mewujudkan pembangunan bangsa China.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China