Sidang Dialog Media China-Arab yang disertai pegawai dari 42 buah media China dan negara-negara Arab telah dirasmikan di Kaherah, Mesir semalam.
"Menerokai Era Baharu dan Kerjasama Menang-menang Media China-Arab" telah menjadi topik perbincangan sidang tersebut.
Pengarah Pejabat Penerangan Dewan Negara China, Jiang Jianguo dalam ucapannya berkata, China dan negara-negara Arab telah mengadakan forum kerjasama China-Arab dan mencapai hasil kerjasama yang memuaskan dalam pelbagai bidang.
Selain itu, kedua-dua pihak sentiasa mengekalkan koordinasi dan kerjasama yang baik dalam isu antarabangsa dan rantau yang penting.
Semua ini telah menjadi teladan yang baik dalam Kerjasama Selatan-Selatan.
Radio Antarabangsa China (CRI) telah menubuhkan cawangan stesen berita di negara-negara Arab sejak beberapa tahun kebelakangan ini, di samping membuka pusat media utama Timur Tengah di Kaherah, Mesir bagi meningkatkan hubungan dengan pihak media pelbagai negara Arab.