Cari:
Kumpulan Taliban Digesa Sertai Rundingan Damai
2016-01-19 14:53:01 CRI Cetak
Semua kumpulan Taliban digesa supaya berunding dengan kerajaan Kabul secepat mungkin bagi mengakhiri persengketaan politik, sekali gus menghidupkan semula proses damai Afghanistan.

Afghanistan, Pakistan, China dan Amerika Syarikat yang mengadakan pertemuan di Kabul semalam dalam satu kenyataan berkata, keempat-empat pihak tersebut telah membincangkan pelan bagi rundingan damai tersebut dan mengumumkan pertemuan seterusnya akan berlangsung di Islamabad pada 6 Februari depan.

Walau bagaimanapun, mesyuarat tersebut tidak membabitkan Taliban.

Dilaporkan, Pakistan akan mengemukakan senarai kumpulan Taliban yang mahu dan yang tidak mahu berunding dengan Kabul bagi mengakhiri peperangan selama 15 tahun itu.

Pakistan bersetuju untuk menyekat bantuan kewangan kepada pejuang Taliban yang berada di bandar raya negara itu.
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China