Cari:
China, Arab Saudi Jalin Perkongsian Strategik Komprehensif
2016-01-20 14:26:57 CRI Cetak

China dan Arab Saudi mencapai konsensus untuk menjalinkan perkongsian strategik komprehensif demi memperkukuh hubungan bilateral sedia ada dan mencapai hasil kerjasama yang lebih menggalakkan.

Persepakatan penting itu diumumkan selepas pertemuan Presiden China, Xi Jinping dengan Raja Arab Saudi, Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud di Riyadh, semalam.

Dalam pertemuan tersebut, Presiden Xi berkata, China dan Arab Saudi, selaku dua buah negara yang memiliki khazanah kebudayaan yang cemerlang, berhadapan dengan matlamat pembangunan yang sama, iaitu meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara dan membaiki kualiti hidup rakyat.

Beliau berharap agar kedua-dua negara dapat saling menimba pengalaman demi kemakmuran bersama.

Dalam pada itu, Raja Salman menyatakan sokongan terhadap inisiatif China "Satu Jalur, Satu Laluan" (B&R), sekali gus menyatakan hasrat negara itu untuk memperkasakan kerjasama dengan Beijing dalam bidang perdagangan, pelaburan, sumber tenaga, pendidikan, sains dan teknologi, keselamatan maklumat, dan lain-lain.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China