Cari:
China Perkukuh Hubungan dengan Dunia Islam
2016-01-20 14:39:54 CRI Cetak

China menyambut baik peranan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) sebagai jambatan dalam usaha menyuntik kedinamikan kepada pembangunan hubungan China dengan negara-negara Islam.

Demikian dinyatakan Presiden China, Xi Jinping ketika menemui Setiausaha Agung OIC, Tan Sri Iyad Ameen Madani di Riyadh, Arab Saudi semalam.

Xi menyifatkan OIC sebagai lambang perpaduan sesama negara-negara Islam, dan memuji peranan penting pertubuhan itu dalam urusan serantau dan antarabangsa serta sumbangannya dalam menjayakan kerjasama dengan dunia Islam.

Beliau menegaskan bahawa Beijing bersedia untuk memperluas kepentingan dengan negara-negara Islam di bawah rangka "Satu Jalur, Satu Laluan" (B&R), selain menggalakkan pelaksanaan dialog antara tamadun Cina dengan tamadun Islam.

Dalam pada itu, Tan Sri Iyad berharap agar China dapat terus memberikan sumbangan kepada isu Asia Barat.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China