Ketua Liga Arab, Nabil al-Arabi menyifatkan lawatan Presiden China, Xi Jinping ke ibu pejabat Liga Arab sebagai amat bermakna dan hubungan antara negara-negara Arab dengan China sebagai amat serasi.
Menurut beliau, China, selaku kuasa besar di persada antarabangsa, berperanan penting dalam memelihara keseimbangan dunia.
Dalam tempoh lawatan Presiden Xi itu, pihak-pihak terbabit akan membincangkan isu-isu seperti memperkukuh hubungan dua hala, memperkasakan kerjasama dalam pelbagai bidang dan memeterai beberapa memorandum persefahaman (MoU).
Dilaporkan, selepas mengakhiri lawatan ke Arab Saudi, Presiden Xi akan meneruskan kunjungan ke Mesir dan Iran.