Cari:
7 Negara Gembleng Tenaga Tumpaskan IS
2016-01-21 16:12:04 CRI Cetak

Tujuh buah negara yang terdiri daripada Perancis, Amerika Syarikat (AS), Australia, Jerman, Itali, Britain dan Belanda telah sebulat suara meluluskan usul bagi mengintensifkan operasi serbuan terhadap kubu kuat kumpulan militan Negara Islam (IS) di Iraq dan Syria.

Selepas bermesyuarat di Paris semalam, Setiausaha Pertahanan AS, Ashton Carter berkata, beliau berserta dengan menteri-menteri pertahanan dari enam buah negara lain mencapai konsensus untuk menyelaraskan operasi memerangi kumpulan militan radikal itu dalam tempoh setahun akan datang, dan menawan semula bandar-bandar utama seperti Mosul dan Racca yang dikuasai IS.

Carter turut menegaskan bahawa negara-negara di kawasan Teluk juga perlu memberikan sumbangan kepada operasi memerangi IS tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China