Cari:
PBB Bidas Serangan Taliban terhadap Universiti di Pakistan
2016-01-21 16:21:37 CRI Cetak

Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengutuk sekeras-kerasnya serangan kumpulan militan Taliban yang menyasarkan sebuah universiti di Pakistan, dengan meragut sekurang-kurangnya 19 nyawa.

Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon menerusi jurucakapnya dalam satu kenyataan semalam, menyatakan rasa terkejut atas tragedi berdarah di Universiti Bacha Khan di Charsadda, pinggir Peshawar, Pakistan.

Beliau menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa, sekali gus merayu supaya penjenayah tersebut diheret ke muka pengadilan.

Dilaporkan, sekurang-kurangnya 19 orang disahkan terbunuh, manakala lebih 60 mangsa mengalami kecederaan antaranya termasuklah pelajar, staf dan pengawal keselamatan universiti, apabila sekumpulan anggota militan Taliban menyerang universiti berkenaan semalam.

Militan Taliban Pakistan dalam satu kenyataan mengaku bertanggungjawab atas serangan tersebut.

Mereka mendakwa, serangan itu dilancarkan bagi membalas dendam terhadap operasi ketenteraan yang menggempur kubu kuat kumpulan itu, baru-baru ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China