China dan negara-negara Arab sepatutnya mewarisi dan mengembangkan persahabatan tradisional yang telah terjalin sejak sekian lama, menumbuhkan rasa saling mempercayai dalam isu politik dan membentuk ikatan kerjasama yang saling menguntungkan.
Demikian dinyatakan Presiden China, Xi Jinping ketika bertemu dengan Ketua Setiausaha Liga Arab, Nabil al-Arabi di Kaerah, Mesir semalam.
Xi menegaskan, bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-60 terjalinnya hubungan diplomatik antara China dengan negara-negara Arab, pihak-pihak terbabit diharap dapat memanfaatkan kesempatan ini untuk memperkukuh hubungan persahabatan dan memperkasakan kerjasama dalam pelbagai bidang.
Dalam pada itu, Nabil berjanji bahawa negara-negara Arab akan meningkatkan kerjasama dengan China dalam bidang politik dan ekonomi, malah isu-isu rantau dan antarabangsa.