Cari:
Dasar Modal Asing China Tidak akan Berubah
2016-01-22 14:34:53 CRI Cetak

Kerajaan China berjanji bahawa dasar negara ini mengenai modal asing tidak akan berubah.

Demikian ditegaskan menerusi jurucakap Kementerian Luar China, Hong Lei dalam sidang media di Beijing, semalam, berikutan keprihatinan negara Barat tentang perspektif pelaburan dan situasi perniagaan yang dikatakanya semakin buruk di China.

Dilaporkan, Dewan Perniagaan Amerika China dalam laporannya mendakwa, satu perempat daripada syarikat asing yang menanam modal di China merancang berundur dari pasaran negara ini disebabkan menghadapi tekanan yang berat, seperti kos tenaga kerja yang kian meningkat dan penguatkuasaan undang-undang dan peraturan yang semakin ketat.

Berdasarkan dakwaan tersebut, Hong Lei menjelaskan, lapaoran berkenaan mungkin kurang komprehensif. Sebenarnya Dewan Perniagaan Amerika China juga menunjukkan terdapat 60% syarikat AS yang beroperasi di negara ini berada dalam keadaan beruntung. Bagaimanapun, China akan terus mencipta suasana pelaburan yang kondusif kepada syarikat asing dan memelihara kepentingan mereka.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China