Presiden China, Xi Jinping mengadakan pertemuan dengan rakan sewajatnya dari Mesir, Abdel Fattah al-Sisi di Kaherah semalam.
Pemimpin kedua-dua negara memuji prestasi hubungan persahabatan tradisional dan hasil kerjasama yang saling menguntungan dalam pelbagai bidang.
Presiden Xi menegaskan, hubungan persahabatan China dan Mesir terbukti tahan ujian dan kedua-dua negara sentiasa saling menyokong, saling menghormati dan saling mempercayai sejak terjalinnya hubungan diplomatik kira-kira 60 tahun yang lalu.
Rancangan perkongsian strategik komprehensif lima tahun akan dikeluarkan bersama-sama oleh China dan Mesir dalam tempoh lawatan Presiden Xi kali ini, yang merupakan rancangan menyeluruh bidang kerjasama antara kedua-dua negara.
China bersedia untuk terlibat dalam pembinaan koridor Terusan Suez dan pentadbiran baharu ibu negara Mesir, di samping memperluas kerjasama dengan negara itu dalam sektor perdagangan, kewangan, aeroangkasa, sumber tenaga, pembangunan modal insan dan keselamatan.
Presiden Xi turut mengundang al-Sisi menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin Kumpulan 20 (G20) yang bakal diadakan di Hangzhou, China pada bulan September tahun ini.
al-Sisi berkata, Mesir komited untuk mengeratkan kerjasama dengan China dalam pelbagai bidang dan mengalu-alukan syarikat China meningkatkan pelaburan di Mesir.