Cari:
Putin, Abe Bincang Hubungan Rusia-Jepun
2016-01-23 14:48:05 CRI Cetak

Menurut portal Kremlin, Presiden Rusia, Vladimir Putin menghubingi Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe melalui telefon semalam atas permintaan pihak Jepun.

Putin dan Abe telah bertukar-tukar pendapat tentang situasi di Semenanjung Korea, isu antikeganasan antarabangsa, dan isu Syria. Sementara itu, pemimpin kedua-dua negara itu juga mengadakan perbincangan tentang perkembangan hubungan bilateral. Kedua-dua pihak menegaskan bahawa pengaktifan kerjasama Rusia-Jepun dalam bidang politik, ekonomi dan perdagangan, serta kebudayaan bersesuaian dengan kepentingan bersama. Kedua-dua pemimpin itu bersetuju untuk meneruskan kontak secara peribadi.

Setiausaha Penerangan Presiden Rusia, Dmitri Peskov sebelum ini memberitahu media bahawa Rusia dan Jepun sedang melaksanakan perbincangan tentang lawatan Abe ke Rusia. Kedua-dua pihak sedang mencari peluang untuk pertemuan pemimpin kedua-dua negara. Namun, tarikh dan tempat pertemuan belum ditentukan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China