Cari:
Asia Barat: Punca Ekstremisme Harus Diberi Perhatian
2016-01-23 14:51:39 CRI Cetak

Pemimpin negara-negara Asia Barat yang sedang menghadiri Sidang Tahunan Forum Ekonomi Dunia di Davos, Switzerland menyeru masyarakat antarabangsa supaya memberikan perhatian terhadap punca ekstremisme dan mengelakkan kegiatan kekerasan daripada lebih serius.

Perdana Menteri Lubnan, Tammam Salam dalam Forum Khas "Situasi Asia Barat dan Afrika Utara" semalam menggesa masyarakat antarabangsa secara bersungguh-sungguh memikirkan punca ekstremisme, dan menegaskan bahawa ekstremisme tidak dapat dihapuskan melalui tindakan kekerasan. Beliau berpendapat, sekiranya isu Syria diberi tumpuan yang secukupnya empat tahun yang lalu, situasi di rantau itu tidak akan memburuk seperti sekarang.

Presiden Iraq, Haider al-Abadi dalam forum itu turut melahirkan kebimbangan terhadap situasi di Syria. Beliau menegaskan, Iraq menghadapi tekanan kewangan berikutan peperangan, pembinaan semula dan pejagaan kestabilan akibat penurunan harga minyak antarabangsa. Ditambah lagi sokongan modal juga tidak cukup. Beliau menyeru pelbagai pihak berkenaan di kawasan tersebut supaya memainkan peranan yang berkesan untuk mengelakkan kegiatan kekerasan daripada memburuk lagi.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China