Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) diseru meningkatkan bantuan dana kepada pelarian. Di samping itu, pelbagai negara perlu meningkatkan usaha menempatkan pelarian supaya menghadapi krisis pelarian yang berskop besar sekarang ini.
Seruan demikian dibuat oleh Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), John Kerry ketika menyampaikan ucapan dalam Sidang Tahunan Forum Ekonomi Dunia di Davos, Switzerland semalam.
Menurut beliau, presiden AS, Barack Obama akan mempengerusikan satu sidang kemuncak PBB mengenai isu pelarian pada September tahun ini. Pada masa itu, AS akan menyeru meningkatkan dana bantuan pelarian PBB daripada USD 10 bilion pada 2015 kepada USD 13 bilion, dan bilangan pelarian yang ditempatkan semula akan meningkat sekali ganda. Sementara itu, AS juga akan menasihati lebih banyak negara menyediakan bantuan kepada pelarian, sehingga sejuta orang kanak-kanak pelarian mendapat pendidikan, sejuta orang pelarian memperoleh peluang kerja.
Kerry juga menggesa bahawa syarikat swasta, agensi sosial dan agama pelbagai negara bersama-sama membantu menempatkan pelarian dan membantu mereka mendapat peluang kerja.