Cari:
Presiden China Melawat Iran
2016-01-23 14:12:28 CRI Cetak

Iran adalah destinasi terakhir dalam agenda lawatan Presiden China, Xi Jinping ke Asia Barat, selepas beliau mengakhiri lawatan di Mesir.

Ketibaan Presiden Xi malam tadi di Lapangan Terbang Antarabangsa Mehrabad, Tehran disambut meriah oleh Menteri Luar Iran, Mohammad Javad Zarif.

Xi menyatakan bahawa China dan Iran, dua buah negara bertamadun, memberikan sumbangan yang besar kepada kemajuan peradaban umat manusia. Hubungan persahabatan antara rakyat kedua-dua negara telah terjalin sejak sekian lama dengan memanfaatkan Jalan Sutera Purba yang wujud sejak ribuan tahun lepas.

Selepas terjalinnya hubungan diplomatik, kerjasama Beijing-Tehran telah membuahkan hasil yang menggalakkan dalam bidang politik, ekonomi, kebudayaan dan lain-lain.

Xi berharap agar hubungan kedua-dua pihak serta kerjasama pragmatik dapat meningkat ke tahap yang lebih tinggi. Beliau menanti-nantikan pertemuan dengan pemimpin-pemimpin Iran untuk bersama-sama menggariskan pelan kerjasama, sekali gus memperkukuh hubungan persahabatan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China