Cari:
Lima Suspek Serangan Pakistan Ditahan
2016-01-24 15:40:11 CRI Cetak

Pakisitan telah menahan lima orang suspek yang disyaki membantu melancarkan serangan di Universiti Bacha Khan.

Jurucakap tentera Pakistan, Asim Bajwa mengesahkan perkara tersebut dalam sidang media semalam.

Menurut beliau, lima orang suspek itu ditangkap di bandar Mardan, barat laut Pakistan. Sebahagian daripada mereka disyaki membawa senjata, ada yang disyaki menggunakan kenderaan untuk membawa penyerang ke tempat berhampiran Universiti Bacha Khan, dan menyediakan peta kampus kepada penyerang.

Menurut satu rakaman telefon yang disiarkan dalam sidang media tersebut, seorang komander Taliban memberitahu wartawan bahawa pihaknya melancarkan serangan itu. Jurucakap itu berkata, penyerang berkenaan telah menjawab panggilan telefon dari Afghanistan sebanyak 10 kali. Komander Taliban Pakistan, Omar Mansour mengarahkan serangan kali ini.

Serangan ganas berlaku di Universiti Bacha Khan, Charsadda, barat laut Pakistan pada 20 Januari lalu, mengakibatkan sekurang-kurang 21 orang terbunuh, manakala berpuluh-puluh lagi cedera. Taliban Pakistan mengaku melancarkan serangan itu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China