Cari:
Menteri Luar Rusia, AS Bincang Isu Syria
2016-01-24 15:41:58 CRI Cetak
Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov menghubungi Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), John Kerry melalui telefon semalam atas permintaan AS untuk terus mengadakan perbincangan tentang isu Syria.

Menurut portal Kementerian Luar Rusia, Rusia dan AS menyokong inisiatif utusan khas Setiausaha Agung PBB atas isu Syria, Staffan de Mistura, untuk mengadakan rundingan damai pelbagai pihak Syria di Geneva pada minggu depan supaya mendorong proses penyelesaian isu Syria melalui saluran politik.

Kedua-dua menteri luar itu menegaskan, delegasi pembangkang yang akan menghadiri rundingan tersebut perlu benar-benar dapat mewakili pihak pembangkang. Rundingan berkenaan perlu selaras dengan tuntutan resolusi No. 2254 Majlis Keselamatan PBB. Perjuangan dengan kumpulan militan Negara Islam (IS) dan kumpukan keganasan yang lain perlu menghormati hak rakyat Syria yang menentukan nasib negara sendiri.

Lavrov dan Kerry juga berpendapat, aktiviti kumpulan sokongan antarabangsa Syria yang dipimpin oleh Rusia, AS dan PBB perlu diteruskan untuk menjamin penglibatan kuasa-kuasa antarabangsa secara berkesan dalam proses penyelesaian isu Syria.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China